"TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA"

Tuesday, December 28, 2010

Monday, December 27, 2010

SENARAI KURSUS YANG DIANJURKAN MEI - JULAI 2011




Thursday, December 23, 2010

KURSUS PEMBANGUNAN KONTRAKTOR

PENGENALAN
Industri Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal sememangnya memerlukan mereka yang berkemahiran dan berkompeten bagi menjalankan kerja-kerja M&E. Justeru Persatuan Pengilang, Pembekal, Kontraktor, Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal dan ICT Melayu dan Bumiputera Malaysia (PERKEM) melihat latihan dan pembangunan adalah salah satu faktor penting dalam memastikan penggiat industri M&E secara berterusan diberi input yang berguna.
PERKEM amat memandang berat dan komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai persatuan kontraktor melayu di peringkat kebangsaan dan negeri. PERKEM akan terus menjadi jambatan ilmu khususnya kepada ahli-ahlinya dan bukan ahli secara amnya. Maka itu PERKEM dari masa ke semasa akan menyediakan latihan, pembelajaran dan pembangunan kepada penggiat industri M&E.

Biro Latihan dan Pendidikan PERKEM telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ini. PERKEM juga akan terus mengadakan kerjasama dan program membabitkan pelbagai pihak seperti Kementerian, Agensi dan Badan Profesional atau individu berkaitan dengan bidang M&E dengan satu tekad untuk mengangkat martabat penggiat industri M&E dari segi informasi dan kemahiran.

MATA CCD
Setiap peserta yang menyertai kursus ini akan diberikan 10 mata CCD


KAEDAH LATIHAN
Modul program akan dijalankan dalam bentuk syarahan. Begitupun peserta digalakkan berinteraksi dengan penceramah supaya program ini akan menjadi lebih berkesan dan mencapai maksudnya.

TENAGA PENGAJAR
Kursus ini akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan arif di dalam bidang masing-masing. 


SIAPA YANG PERLU HADIR
Kumpulan sasaran bagi kursus ini adalah terbuka kepada penggiat-penggiat industri M&E dan kakitangan-kakitangan syarikat. Para peserta telah dimaklumkan tentang kursus ini dan mereka diminta melengkapkan Borang Penyertaan daripada syarikat masing-masing.


YURAN KURSUS
Ahli PERKEM : RM150.00
Bukan Ahli : RM180.00


PEMBAYARAN
Bayaran (tunai/cek) hendak diserahkan kepada Sekretariat PERKEM. Cek mestilah dibayar kepada Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia atau PERKEM

HUBUNGI
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Shahir / Midi di :



Telefon : 03-80623898/03-80633898

Faks     : 03-80617788
H/P       : 019-3809838
Email    : perkem2002@yahoo.com

KEAHLIAN PERKEM

BAGAIMANA HENDAK MENJADI AHLI PERKEM?
Untuk menjadi ahli, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Keahlian yang boleh didapati di ibu pejabat PERKEM yang beralamat di:-

Persatuan Pengilang, Pembekal, Kontraktor Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal Dan ICT Melayu Dan Bumiputera Malaysia (PERKEM)
F-02-06, Blok F, Jalan Prima 5/3,
Persiaran Prima Utama,
Taman Puchong Prima Utama,
47100 Puchong, Selangor.

Sila hubungi Setiausaha Kerja PERKEM :- Wanie / Sue No. H/P : 019-3809838
Telefon : 03-80623898/03-80633898
Faks    : 03-80617788
Email   : perkem2002@yahoo.com

BORANG KEAHLIAN
Untuk mencetak Borang Keahlian, sila klik pada gambar borang tersebut kemudian Klik menu File > Print (Borang Keahlian mempunyai 5 halaman bercetak)



PENGENALAN

PERSATUAN PENGILANG, PEMBEKAL, KONTRAKTOR INDUSTRI ELEKTRIKAL, ELEKTRONIK, MEKANIKAL DAN ICT MELAYU DAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PERKEM)
Persatuan ini telah ditubuhkan pada 15 Oktober 2002 dimana telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftarannya 1445. Persatauan ini yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik Dan Mekanikal Melayu Malaysia telah dipinda kepada Persatuan Pengilang, Pembekal, Kontraktor Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal Dan ICT Melayu Dan Bumiputera Malaysia pada 19 Januari 2011 untuk memperluaskan bidang kuasanya. " TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA" merupakan cogankata PERKEM. Kini PERKEM telah berusia melebihi 8 tahun dan beralamat di F-02-06, Blok F, Jalan Prima 5/3, Persiaran Prima Utama, Taman Puchong Prima Utama, 47100 Puchong, Selangor.


MATLAMAT PENUBUHAN
  1. Menubuh dan mewujudkan satu persatuan kontraktor Melayu dan Bumiputera diperingkat kebangsaan dan negeri untuk kepentingan dan faedah kontraktor-kontraktor elektrikal, elektronik, dan mekanikal.
  2. Memastikan terjaminnya kepentingan ahli didalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan elektrikal, elektronik dan mekanikal.
  3. Menentukan aktiviti PERKEM Negeri dan Ahli Bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan PERKEM.
  4. Menerbitkan majalah dan risalah yang berkaitan dengan elektrikal, elektronik dan mekanikal.
  5. Membantu atau mewakili ahli didalam perbincangan berkenaan ekeltrikal dan mekanikal dan lain-lain yang berkaitan samada didalam atau diluar Malaysia.
  6. Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah, dan lain-lain untuk kebajikan ahli dan mana-mana orang Melayu yang memerlukannya.
  7. Menjalankan perhubungan atau kerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan PERKEM.
  8. Membeli, menjual, menggadai, memajak, memiliki, menyewa, menukar hakmilik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan tanah, saham, atau lain-lain harta.
  9. Membina bangunan untuk kegunaan atau kepentingan PERKEM.
  10. Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan PERKEM.
  11. Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara diatas bagi kesempurnaan perjalanan PERKEM diperingkat kebangsaan ataunegeri bagi faedah ekonomi bangsa Melayu.