"TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA"

Friday, December 9, 2011

Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 (Pada 26 November 2011 Di PWTC)

DIHADIRI OLEH:-

PRESIDEN PERKEM           :  EN MOHSEN HASBOLLAH
AJK PERKEM                      :  EN ESA MOHD SETH

Penceramah Pertama:- Dr Chandra Muzaffar, Presiden The International Movement for a Just World (JUST)
Dr Chandra yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia berkata rakyat dan kerajaan Malaysia harus mendukung serta mengamalkan konsep Wasatiyah melalui gagasan 1Malaysia.
“Inilah kunci kejayaan negara. Inilah rahsia keamanan dan keharmonian kaum serta kestabilan masyarakat kita,”  katanya.
Namun begitu, kata Dr Chandra, Malaysia menghadapi dua cabaran untuk mengamalkan konsep Wasatiyah iaitu daripada segi kemajuan ekonomi dan kebebasan hak asasi manusia.
Beliau juga  berkata kerajaan yang lebih cenderung kepada isu ketenteraman awam berbanding dengan hak asasi manusia perlu diatasi.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sedang berusaha mengimbangi keadaan ini melalui transformasi yang  diketengah beliau di mana Pelan Transformasi Ekonomi bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan melalui perubahan-perubahan yang diketengahkan oleh beliau ke atas undang-undang tertentu di bawah Pelan Trasformasi Politik,” katanya.
Sementara itu, Dr Chandra menyarankan golongan cendekiawan, tokoh agama, profesional, ahli perniagaan, pentadbir,  pengurus, pemimpin kesatuan pekerja dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) membuktikan kesetiaan mereka pada prinsip keadilan dan keseimbangan.
“Golongan cendekiawan mempunyai tanggungjawab besar memerangi pemikiran sempit dan berat sebelah yang bukan sahaja  menjejaskan keadilan tetapi menyemarakkan unsur perkauman dan cauvinisme dalam masyarakat,” katanya.
Dr Chandra berkata media lama mahupun baru mesti sedia memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran khalayak  tentang kepentingan keadilan yang seimbang dalam konteks masyarakat berbilang kaum.
“Media perlu gambarkan kecenderungan yang seimbang antaranya daripada cara membahaskan isu tertentu. Jangan  pentingkan kedudukan golongan tertentu.
“Kerajaan perlu tingkatkan pendekatan kepada masyarakat bagi betulkan persoalan kerajaan kurang adil. Sekiranya semua  golongan masyarakat, kerajaan, NGO atau sesiapa sahaja sedia ambil main peranan bagi memastikan Wasatiyyah jadi realiti,” katanya.
Dr Chandra memberi amaran agar ‘jalan tengah’ tidak harus disamakan dengan konsep Wasatiyah untuk mewajarkan dan menghalalkan penyelewengan tertentu umpamanya, rasuah atau penipuan, iaitu, merelakan sedikit rasuah asalkan perbuatan itu tidak ekstrem.
“Ada yang kata sikit rasuah atau sikit salah kuasa tidak mengapa, Wasatiyah tidak boleh disalahgunakan untuk  menghalalkan perbuatan yang jelas haram daripada segi agama,” katanya.


Penceramah ke-2 :- Dato’ Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, tokoh pemikir tamadun Islam dan mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Kata tokoh pemikir tamadun Islam Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, Penerapan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dapat mengekang kewujudan golongan pelampau di kalangan masyarakat yang dikhuatiri boleh memporak-perandakan keteguhan institusi negara, kata tokoh pemikir tamadun Islam Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Menurut bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu, golongan pelampau dikenal pasti sebagai mereka yang sering merosakkan ilmu, melampaui had berkenaan urusan dunia dan akhirat serta mereka yang mencuri buah fikiran orang lain.
“Zaman kita sekarang, ketiga-tiga golongan yang disebut itu wujud dengan luasnya dalam dunia Muslim… Ibn Taymiyyah ada menyebut sekiranya ditutup mata dan lempar batu, pasti batu itu akan terkena satu daripada tiga golongan tersebut kerana bilangan mereka yang terlalu ramai,” katanya.
Ketika menyampaikan ucaptama pada seminar kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini, Syed Ali Tawfik berkata golongan berkenaan bukan sahaja jahil kerana kekurangan ilmu, tetapi juga jahil dan degil dalam menerima hakikat.
“Usaha perlu dilakukan untuk kembalikan semula golongan ini ke landasan wasatiyyah, seiring dengan aspirasi Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum dan agama,” katanya.
Syed Ali Tawfik berkata semua pihak harus bersatu menonjolkan kembali kedudukan institusi ilmu negara ke persada dunia bagi memastikan konsep wasatiyyah itu lebih berkesan untuk diamalkan.
Hanya pendidikan dan peradaban dapat membantu menghidupkan semula kegemilangan tamadun Islam di samping mengasaskan kembali usaha menterjemah karya-karya Islam yang banyak menerangkan mengenai konsep wasatiyyah, katanya.
Penasihat Yayasan Al-Bukhary itu berkata adalah penting bagi Malaysia mempunyai sebuah maktabah (perpustakaan) yang mempunyai rujukan-rujukan dalam bentuk manuskrip bagi menarik kedatangan ilmuan dari dunia Barat belajar mengenai tamadun Islam.
“Malaysia telah mengemukakan hasrat untuk menjadi pusat pendidikan antarabangsa, tetapi bukan saja Malaysia, malah seluruh Asia Tenggara tidak mempunyai maktabah yang boleh dibandingkan dengan kemudahan yang terdapat di dunia Barat.
“Dalam kata lain, dengan ketiadaan maktabah yang menyeluruh, yang menjadi khazanah menyimpan rujukan-rujukan agung, (maka) tiada kecenderungan untuk para ulama datang ke Malaysia. Natijahnya para pelajar tidak akan berhasrat untuk menyertai universiti di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata jika Malaysia mempunyai maktabah yang mempunyai khazanah ilmiah yang besar termasuk buku-buku karangan ulama Muslim yang agung, Malaysia boleh mengambil peranan sebagai pusat pengajian Islam yang berwibawa.
“Hakikatnya, Malaysia ada menyimpan sejumlah manuskrip yang amat bernilai, tetapi ketiadaan budaya belajar tersebut dan ketiadaan kemudahan maktabah, telah menyekat impian Malaysia untuk menjadi pusat pendidikan antarabangsa,” katanya.


Timbalan Perdana Menteri:-Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah yang diambil kerajaan untuk memperkenalkan konsep dan pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan adalah tepat pada masa dan ketikanya. Wasatiyyah mendidik rakyat berfikir dan bertindak secara bijaksana, berkesan, mengajar agar tidak melampau, ekstrem, fanatik, taksub, jumud serta tidak terlalu liberal.

Tambahan pula, jelas beliau, ketika ini rakyat dalam proses memantapkan budaya hidup berdasarkan manhaj Malaysia yang diserasikan dengan keadaan semasa negara selain persekitaran antarabangsa.

“Kerajaan meletakkan asas tepat apabila mengambil pendekatan sederhana dalam teras dasar untuk memacu pembangunan negara secara berkesan dengan kesejahteraan rakyat menjadi faktor terpenting,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah anjuran Penerangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, sifat fanatik dan taksub hanya akan menyebabkan seseorang itu menutup fikiran mereka untuk menerima sebarang maklumat daripada pihak yang tidak disenangi, sehingga keputusan dibuat menjadi berat sebelah.

Pada masa sama, kata beliau, golongan pelampau pula akan memperlihatkan sifat berprasangka buruk, memandang serong, menuduh, menghukum dan menyembunyikan kebaikan tetapi memilih memperbesarkan kesilapan orang lain.

“Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ketika ini adalah natijah daripada sikap wasatiyyah majoriti rakyat yang tidak mengamalkan budaya hidup melampau. Amalan inilah yang harus kita sama-sama kekalkan,” ujarnya.




































Kursus Systematic Record Management, Filing System and Office Administration













Kursus Account Management







Kursus Professional Etiquette







Kursus Pengurusan Stress












Pengurusan Stress