"TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA"

Monday, July 25, 2011

Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Bil 2/2011

 KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI BIL 2/2011 JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA SELNAGOR PERINGKAT PUCHONG
Ahad, 24 Julai 2011 telah diadakan Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Bil 2/2011 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Selangor Peringkat Puchong yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Loo Yeng Peng (Pegawai Khas Kepada Menteri Dalam Negeri) dan Pn. Siti Zauyah Binti Osman (Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara Dan Pertubuhan) bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Ming Batu 14, 47100  Puchong, Selangor.
















 

Kursus itu bermula pada jam 8.00 pg hingga jam 1.00 petang. Antara penceramah yang terlibat ialah En. Eizzat Syuaqi B. Ahmad (Pengarah JPP Negeri Sembilan) dan Miss Pang Chin Fang ( Penolong Pengarah JPPM). Kursus ini dilakukan kerana ingin memberitahu mengenai apa dan bagaimana sesebuah persatuan yang berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Perlembagaan Pertubuhan, Undang-undang Pertubuhan Dan Dasar Negara.

Kursus Pembangunan Kontraktor

                    Systematic Record Management, Filing System And Office Administration

      Pada 21 Julai 2011 iaitu hari Khamis telah dijalankan satu Kursus Pembangunan Kontraktor yang        bertajuk “Systematic Record Management, Filing System And  Office Administration” bertempat di Pusat Latihan PERKEM, Puchong Prima, Puchong, Selangor kali yang ke-2 kerana mendapat sambutan yang  menggalakkan. Kursus ini telah dianjurkan oleh   Persatuan Pengilang,   Pembekal,  Kontraktor,     Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal dan ICT    Melayu dan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama lembaga   Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).















       Pusat Latihan PERKEM merupakan tempat dimana kursus ini telah dijalankan. Seramai 8 orang peserta    telah menyertai kursus ini iaitu kontraktor dari    kalangan penggiat-penggiat industri M&E. Antara syarikat-syarikat yang terlibat ialah Nazutras Sdn.Bhd, KNZ Electrical Sdn.Bhd,  Alfa Sinar   Elektrikal Sdn.Bhd dan Gentawang Sdn. Bhd.