"TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA"

Thursday, September 22, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA SYSTEM PROTECTION MAINTENANCE SDN BHD

Khamis, 22 September 2011, PERKEM telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka salah seorang AJK Tertinggi PERKEM iaitu Dato' Hj Zaini Abdullah, Pengarah Urusan System Protection Maintenance Sdn Bhd yang terletak di No.19, Jalan Kartunis U1/47, Temasya Industrial Park, 41050 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini bermula pada jam 12 tengahari hingga 5 petang.





Tuesday, September 20, 2011

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERKEM KALI KE-8 & ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK SERTA JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


Pada hari Sabtu, 17 September 2011 PERKEM telah mengadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKEM kali ke -8 Pada Tahun 2011 & Anugerah Kontraktor Terbaik Pada Tahun 2010 serta Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, Dato' Hj Nasir Mat Dam diiringi oleh Dato' Ramlan Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GABEM dan Presiden PERKEM, En. Mohsen Hasbollah.

Antara syarikat-syarikat  yang telah mendapat Anugerah Kontraktor Terbaik bagi tahun 2010 ialah Gentawang Sdn Bhd, System Protection Maintenance Sdn Bhd, Shimera Engineering Sdn Bhd, Jasama Engineering (M) Sdn Bhd dan Norangkasa Enterprise Sdn Bhd. Presiden PERKEM, En Mohsen Hasbollah juga telah menyatakan pada media tentang cadangan beliau kepada kerajaan untuk memansuhkan atau menambah baik senarai bahan elektrik (Emal) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kelulusan Bahan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sinar Harian
Isnin, 19 September 2011



Utusan Melayu,
Isnin, 19 September 2011

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA CEO CIDB, YBHG. DATO' SRI IR. DR JUDIN ABDUL KARIM

Rabu, 7 September 2011 telah diadakan satu kunjungan hormat Presiden PERKEM, Ybrs. En. Mohsen Hasbollah dan AJK PERKEM,Ybhg. Dato' Ir Hj. Zaini Abdullah bersama CEO CIDB, Ybhg. Dato' Sri Ir Dr. Judin Abdul Karim di Ibu Pejabat CIDB, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan mengenai VOPI yang tergendala dari bulan  Mei hingga sekarang. Selain itu, membincangkan mengenai sumbangan CIDB kepada PERKEM untuk Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PERKEM & Anugerah Kontraktor Terbaik 2010 serta Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.








PERJUMPAAN BERSAMA YBHG DATO' HJ NASIR MAT DAM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA

Selasa, 23 Ogos 2011 telah diadakan perjumpaan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, Ybhg Dato' Hj Nasir Mat Dam. Perjumpaan ini adalah lanjutan perbincangan mengenai isu-isu yang dibentangkan pada 25 Ogos 2011 yang lepas.






MAJLIS BERBUKA PUASA PERKEM BERSAMA AJK PERKEM &SEKRETARIAT DI RESTORAN MURNI, USJ TAIPAN.

Pada 16 Ogos 2011 telah diadakan majlis berbuka puasa PERKEM bersama AJK & Sekretariat PERKEM di Restoran Murni , USJ Taipan. AJK yang mengikuti majlis berbuka puasa ialah YM Raja Mudzafar Shah Bin Raja Mokhtar dan Tn. Hj Shaharudin Osman.







PENYERTAAN PERKEM KE MAJLIS KONVENSYEN MEMPERKASA MODEL BARU EKONOMI BUMIPUTERA ANJURAN GABEM


Pada 19 dan 20 Ogos 2011 bersamaan pada hari Jumaat dan Sabtu, PERKEM telah menyertai satu konvensyen anjuran GABEM yang bertajuk ' MEMPERKASA MODEL BARU EKONOMI-Satu Jihad Ekonomi Bumiputera'. Majlis konvensyen ini dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Merangkap Penaung 1 GABEM dan majlis penutupan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Penaung 2 GABEM. PERKEM juga telibat dalam konvensyen ini kerana Presiden PERKEM, En. Mohsen Hasbollah menjadi salah seorang panel jemputan untuk membentangkan tajuk " Peranan & Prestasi GLC Dalam Memperkukuhkan Ekonomi Bumiputera".








PERJUMPAAN PERKEM DENGAN TN.HJ NUR AZMI (CPO TNB) BERSAMA REMACO

Isnin, 1 Ogos 2011 telah diadakan satu perjumpaan diantara PERKEM dan CPO TNB, Tn. Hj Nur Azmi bersama REMACO bertempat di ibu pejabat TNB di Jalan Bangsar.Perjumpaan ini adalah untuk perbincangan mengenai pengagihan projek-projek  PERKEM dibawah pengurusan REMACO.






Monday, September 19, 2011

Perjumpaan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia, Dato' Hj Nasir Mat Dam

 Isnin, 25 Julai 2011 telah diadakan satu perjumpaan di antara PERKEM bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia. Perjumpaan ini adalah mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh PERKEM kepada Kementerian Kerja Raya.Dalam perjumpaan ini, wakil dari CIDB dan wakil dari PKK turut menyertai  dalam perbincangan tersebut.Segala isu-isu yang dibangkitkan akan diambil kira dan dibincangkan semula setelah  mendapat maklum balas dari Jabatan Kerja Raya.