"TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA"

Thursday, December 23, 2010

PENGENALAN

PERSATUAN PENGILANG, PEMBEKAL, KONTRAKTOR INDUSTRI ELEKTRIKAL, ELEKTRONIK, MEKANIKAL DAN ICT MELAYU DAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PERKEM)
Persatuan ini telah ditubuhkan pada 15 Oktober 2002 dimana telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftarannya 1445. Persatauan ini yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik Dan Mekanikal Melayu Malaysia telah dipinda kepada Persatuan Pengilang, Pembekal, Kontraktor Industri Elektrikal, Elektronik, Mekanikal Dan ICT Melayu Dan Bumiputera Malaysia pada 19 Januari 2011 untuk memperluaskan bidang kuasanya. " TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA" merupakan cogankata PERKEM. Kini PERKEM telah berusia melebihi 8 tahun dan beralamat di F-02-06, Blok F, Jalan Prima 5/3, Persiaran Prima Utama, Taman Puchong Prima Utama, 47100 Puchong, Selangor.


MATLAMAT PENUBUHAN
  1. Menubuh dan mewujudkan satu persatuan kontraktor Melayu dan Bumiputera diperingkat kebangsaan dan negeri untuk kepentingan dan faedah kontraktor-kontraktor elektrikal, elektronik, dan mekanikal.
  2. Memastikan terjaminnya kepentingan ahli didalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan elektrikal, elektronik dan mekanikal.
  3. Menentukan aktiviti PERKEM Negeri dan Ahli Bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan PERKEM.
  4. Menerbitkan majalah dan risalah yang berkaitan dengan elektrikal, elektronik dan mekanikal.
  5. Membantu atau mewakili ahli didalam perbincangan berkenaan ekeltrikal dan mekanikal dan lain-lain yang berkaitan samada didalam atau diluar Malaysia.
  6. Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah, dan lain-lain untuk kebajikan ahli dan mana-mana orang Melayu yang memerlukannya.
  7. Menjalankan perhubungan atau kerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan PERKEM.
  8. Membeli, menjual, menggadai, memajak, memiliki, menyewa, menukar hakmilik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan tanah, saham, atau lain-lain harta.
  9. Membina bangunan untuk kegunaan atau kepentingan PERKEM.
  10. Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan PERKEM.
  11. Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara diatas bagi kesempurnaan perjalanan PERKEM diperingkat kebangsaan ataunegeri bagi faedah ekonomi bangsa Melayu.

No comments: