"TELUS DAN IKHLAS UNTUK BANGSA"

Tuesday, November 22, 2011

Kursus Pembangunan Kontraktor CIDB



 Motor Troubleshooting


 Systematic Record Management, Filing System and Office Administration



Account Management

  Kursus Pengurusan Stress

Samada kita bekerja atau tidak, pasti berdepan dengan tekanan dan bagaimana untuk berurusan perlu terlebih dahulu memahami punca datangnya tekanan tersebut. Apakah tindakbalas kita bila mengalami tekanan mempengaruhi keputusan yang akan diambil. Ini menuntut pengurusan stress yang betul dan efektif bagi melancarkan kehidupan kita sebagai manusia dan insan yang berkarier. Sehubungan dengan ini satu kursus telah dibentuk khas di dalam menyediakan peserta (PERKEM) untuk mengenalpasti ciri-ciri tekanan, pemasalahan, dan cara mengurangkan tekanan yang mempunyai pengaruh terhadap kehidupan manusia baik peribadi mahupun kecemerlangan syarikat bekerja.


Hasil Pembelajaran pada akhir kursus ini peserta diharap dapat:
Ä  Memahami apa itu tekanan
Ä  Mengenalpasti punca tekanan
Ä  Mengenal pasti  pendekatan yang terbaik bagi pelbagai situai tekanan (Alter, Elakkan atauTerima) 
Ä  Memahami unsur-unsur gaya hidup yang boleh anda ubah untuk mengurangkan tekanan
Ä  Gunakan rutin untuk mengurangkan Tekanan
Ä  Gunakan teknik bersantai alam sekitar dan fizikal
Ä  Lebih yakin bila berhadapan dengan peristiwa-peristiwa utama
Pada Sabtu, 29 Oktober 2011 Presiden PERKEM  En. Mohsen Hasbollah telah menghadiri majlis perasmian 'Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2011 (MICCOS) bertempat di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor Darul Ehsan.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. MICCOS 2011 telah diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2011 dengan bertemakan 'Menjana Kekayaan Melalui Inovasi' turut mempamerkan pelbagai produk terkini di samping pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara. Para pengunjung berpeluang untuk mempelajari sejarah perkembangan industri komoditi yang telah menjadi salah satu tonggak utama ekonomi negara. Selain daripada itu, pengunjung juga akan dapat meneroka peluang-peluang perniagaan baru di dalam industri komoditi ke arah mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi.

Majlis perasmian bermula pada pukul 10:00 pagi dengan ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian koir dan bacaan doa diikuti ucapan aluan Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Seterusnya ucapan perasmian dan acara perasmian telah dilakukan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri.

Selepas majlis perasmian, Presiden PERKEM telah menyertai rombongan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri melawat ke tapak pameran di dewan A sebelum majlis bersurai jam 1:00 petang.



                                 
Ucapan perasmian Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia



Lawatan ke tapak pameran bersama rombongan Y.A.B TPM